Reman terhadap seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati serta rakan lelakinya yang bersubahat dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya di Johor, Jumaat lepas, disambung sehingga Khamis depan.<br /><br />Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.